suria

Halim Yazid sibuk niaga nasi lemak, tak kecil hati nama kurang dikenali peminat cuma tahu lagu ‘Anak Tupai’

PENYANYI dikir barat, Halim Yazid tidak menyangka lagu Anak Tupai yang pernah diterbitkan pada tahun 2001 masih mendapat sambutan sehingga kini terutamanya generasi muda.

Meskipun dirinya selaku penyanyi lagu itu kurang dikenali, Halim, 64, berkata dia tidak berkecil hati jika masyarakat hanya mengenali suaranya sahaja.

“Alhamdulilah mungkin rezeki abang sebab memang minat seni dikir dan lagu ini dirakamkan pada tahun 2001, terhasilnya lagu ini kerana iramanya yang catchy serta seni katanya agak mencabar sikit daripada dikir yang lain.

“Bukan setakat warga Kelantan tapi sudah menembusi negeri lain dalam Malaysia dan orang kenal lagu ini tapi bukan saya, tak kecil hati pun mengenai perkara itu sebab saya hasilkan karya bukan untuk popular.

“Tapi sekarang dengan sosial media lagu ini kembali menjadi sebutan malah orang lebih mengenali saya berbanding sebelumnya,” kata Halim kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi