suria

Tak fikir soal kahwin! Fikry Ibrahim sibuk jaga ibu sakit, sanggup ulang alik KL-Kedah dua kali seminggu

PELAKON Fikry Ibrahim sanggup menggadaikan masa cuti dengan kerap pulang ke kampung halaman bagi menjaga ibunya yang sedang mengalami minor strok sebelah kanan tubuh.

Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 30, berkata, dia sanggup berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kedah dua kali seminggu untuk menjaga ibunya itu.

“Kekerapan (pulang ke Kedah) itu orang cakap macam tidak logik, tapi saya pulang seminggu dua kali. Kalau saya tidak dapat jaga, saya akan bawa emak dari Kedah ke Ipoh.

“Saya punya konsep, walaupun sehari tidak kerja tetapi berbaloi untuk saya pulang, saya tetap akan pulang. Saya tidak akan utamakan rehat saya tetapi saya utamakan masa bersama ibunda saya sebab saya rasa kalau ibunda saya lebih gembira dan menyebabkan kesihatan bertambah baik, saya akan lakukan itu,” katanya kepada mStar.

Ditanya perihal jodoh, Fikry berkata dia masih belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga memandangkan ketika ini dia lebih mengutamakan kesihatan ibunya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi