suria

Adik dah bertunang, Ara Johari tenang ditanya tentang jodoh

SERING ditanya berkenaan jodoh, penyanyi Ara Johari tidak pernah melatah dan sentiasa tenang menjawab soalan tersebut.

Kata Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 27, dia sudah lali dengan soalan tersebut dan berharap agar bertemu jodoh apabila sudah tiba masanya.

“Ada sahaja (keluarga) tanya fasal kahwin. Ada sebabnya (mereka bertanya) sebab adik ketiga saya sudah tunang tetapi abang dan kakaknya masih lagi belum berkahwin.

“Ramai juga yang tanya, tapi saya jawab masih belum jumpa jodoh dan saya nak cari jodoh yang baik itu makan masa. Ada jodoh nanti ada lah,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, berkongsi mengenai sambutan 1 Syawal baru-baru ini, Ara menganggap ia merupakan momen terindah apabila dapat meluangkan masa bersama keluarga.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi