suria

Ada sebab Azhar Sulaiman beri pendapat setiap kali timbul isu viral, pelik netizen tak boikot artis mulut jahat

PELAKON Azhar Sulaiman meluahkan rasa kecewa apabila ada netizen lebih memihak kepada segelintir selebriti yang lebih lantang bersuara di media sosial menggunakan perkataan kesat berbanding dirinya yang memberikan pendapat dengan cara berhemah.

Malah Azhar, 52, berkata, dia juga berasa hairan apabila netizen memberikan sokongan dan tidak memboikot artis-artis yang tidak menjaga pertuturan mereka di media sosial.

“Saya (beri pendapat) bukan seperti ada (sebahagian) artis yang mencarut, maki hamun (di media sosial). Itu saya pelik, kenapa semua orang tidak boikot orang-orang (artis) yang mulut jahat, cakap jahat semua ini.

“Apabila ada artis itu yang maki hamun dan jerit cakap tidak elok, ramai yang suka dan sokong. Inilah bagi saya, bukan salah artis itu, tapi salah orang yang angkat dia naik ke atas,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Azhar berkata, dia tidak terkesan dengan komen-komen negatif dilontarkan kepadanya kerana sering memberikan pandangan berhubung sesuatu isu yang sedang berlaku.

“Saya yakin ramai orang tidak suka saya bila ada isu, timbul dan beri pendapat. Ini media sosial, saya komen semua benda. kalau tidak suka, tidak perlu dengar apa yang saya cakap,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi