SUDAH memiliki cahaya mata, sambutan Aidilfitri pelakon Remy Ishak dan isteri pastinya lebih meriah dan mengujakan.
Kata Remy atau Mohammad Zalimie Ishak, 41, isterinya iaitu Ezza paling teruja menyambut hari raya kerana telah membeli lebih 30 pasang baju untuk anak mereka iaitu Tuah Alam.
“Tahun ini saya beraya bertiga, tahun sebelum ini berdua bersama isteri. Tahun ini terlebih teruja nak hiaskan anak kita, lebih teruja sambutan raya kali ini.
“Baju raya (Tuah) banyak. Bonda dia beli banyak. orang perempuan yang lebih nak siapkan anak. setiap kali keluar bonda dia mesti singgah kedai nak beli baju raya. Ada kemungkinan sampai 30 hari raya ini,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI