suria

Shila Amzah dan Ubai sambut raya secara sederhana, fokus kelahiran anak pada bila-bila masa

SELAIN kemeriahan sambutan Aidilfitri, pasangan selebriti Shila Amzah dan Ubai memberitahu mereka juga teruja menanti kehadiran cahaya mata pertama.

Berkongsi mengenai perkara itu, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata dia dijangka melahirkan anak pada bila-bila masa.

"Kemeriahan raya tahun ni lain sikit sebab pertama kali bersama keluarga suami, dapat masak beramai-ramai tapi yang paling seronoknya saya tak perlu jalan jauh sebab sedang sarat hamil.

"Saya dan Ubai memang memilih untuk lebih bersederhana saja, nak kata saya high maintenance tu tak juga tapi saya lebih kepada mahukan Ubai sentiada ada dengan saya.

"Raya tahun ni kami sedang menanti kehadiran cahaya mata, walaupun persiapan raya tu ada tapi lebih kepada persiapan nak menyambut bayi sebenarnya kerana tarikh melahirkan bila-bila masa saja," kata Shila kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi