suria

Afdlin Shauki tak boleh hidup sendirian tanpa teman, isteri dedah suami manja dan pendiam

HAMPIR setahun mendirikan rumah tangga, pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki mengakui sukar hidup bersendirian menjadi faktor dia mengambil keputusan untuk berkahwin.

Kata Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 52, hidupnya kini lebih tenang dan bahagia selepas kembali bergelar suami kepada Marcella.

“Saya tidak sesuai hidup bujang sebab tidak tahu nak jaga diri macam mana. Jadi Alhamdulillah sekarang ada orang yang jaga saya. Sekarang saya rasa lebih selesa dan tenang,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Marcella turut berkongsi perangai sebenar Afdlin yang sangat pemalu dan manja.

“Dia (Afdlin) pendiam, memang dekat luar kita nampak dia bubbly (gila-gila), tetapi sebenarnya dia sangat pendiam dan manja,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi