suria

Vibes raya di Malaysia lebih meriah, Aziz Harun balik Brunei seminggu awal

DALAM pada sibuk mempromosikan lagu Ketipak-Ketipung Raya, penyanyi Aziz Harun teruja untuk pulang ke kampung di Brunei lebih awal sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

Kata Aziz, 26, ini adalah kali pertama dia pulang lebih awal berbanding tahun sebelum ini kerana urusan kerja yang perlu dilunasan.

“Selalu akan pulang dua atau tiga hari sebelum, tetapi disebabkan terlalu rindu keluarga menyebabkan Aziz pilih untuk pulang awal.

“Saya mahu berbuka puasa dan terawih bersama mereka sebelum raya,” kata Aziz Harun kepada mStar.

Dalam pada itu, Aziz turut berkongsi pengalaman beraya di Malaysia membuatkannya lebih teruja kerana vibe raya seperti drama televisyen.

Namun Aziz Harun tetap memilih beraya di tempat asalnya kerana kenalan dan keluarganya lebih ramai di sana.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi