suria

A. Galak masih kuat, faktor usia punca berat badan susut... Amal senaman untuk kekal sihat

PELAKON veteran A.Galak terkejut apabila mengetahui berita kononnya dia sedang sakit dan tahap kesihatan kurang baik.

A Galak atau Zakaria Ahmad,80, sebaliknya meluahkan rasa bersyukur kerana pada usianya menjangkau 80 tahun namun masih mampu bekerja meskipun hingga lewat malam.

“Walau apa pun saya bersyukur kepada tuhan kerana memberikan saya kesihatan dan saya nak pesan kepada peminat, sahabat serta keluarga bahawa sekarang saya sihat.

“Saya tiada had pergerakan atau tawaran berlakon cuma sekarang ni yang baru berlakon filem Mat Kilau 2 lagipun saya baru seminggu habis penggambaran.

“InsyaAllah kalau sesiapa nak tawarkan saya berlakon masih mampu buat masa ini,” kata A.Galak kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi