suria

Ditawar berlakon tapi ada syarat buka tudung, Norish Karman tetap pilih istiqamah

PELAKON Norish Karman mendedahkan ada produksi memberikan tawaran untuk kembali berlakon dengan syarat memintanya membuka hijab.

Gara-gara menolak tawaran itu, Norish, 49, berkata dia tidak lagi mendapat sebarang tawaran berlakon selepas enam tahun memilih untuk bertudung.

“Sebenarnya sudah enam tahun selepas saya pakai hijab, saya tiada tawaran dari drama. Banyak tawaran yang datang meminta saya untuk membuka hijab.

“Tawaran yang diberikan kepada saya itu semua watak yang besar yang kita boleh versatilkannya dan luaskan karya mereka. Namun saya memilih untuk istiqamah,” katanya kepada mStar.

Norish mengakui berasa sedih akan perkara tersebut bagaimanapun anak-anak sentiasa memberikan sokongan kepadanya untuk sentiasa menjaga aurat.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi