suria

‘Sah’ trending sampai negara seberang, siap ada netizen claim... Sarah Suhairi minta jangan berbalah

MELIHAT lagu Sah itu menjadi trending di media sosial hingga membuatkan ramai rakyat negara seberang claim lagu itu milik penyanyi negara mereka, penyanyi Sarah Suhairi berkata dia tidak berkecil hati sebaliknya terkejut dengan penerimaan luar biasa pendengar Indonesia.

Mengulas mengenai perkara itu, Sarah berkata ia tidak memberikan kesan kepadanya dan meminta netizen untuk menghentikan perbalahan kerana khuatir akan mencemarkan keharmonian dua buah negara.

“Awalnya waktu keluar lagu ni saya buat akustik sendiri mungkin daripada situ orang ingat saya cover lagu ni, jadi saya akan buat versi penuh sekiranya ada permintaan dan mungkin juga orang dengar muziknya itu sebab ada juga yang sudah di remix dengan DJ.

“Kami okay saja dan tiada masalah tapi perbalahan itu biasa dengan mereka lagipun bahasa kita gunakan banyak yang sama, cara nyanyian dan lirik tu sama membuatkan orang sana mudah untuk tuntut lagu tu milik mereka.

“Kalau bab gaduh-gaduh ni kurang-kurangkanlah lagipun bulan puasa ni,” kata Sarah kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi