suria

Hidup tertekan, Datuk Red jalan kaki dari rumah ke Pulau Pinang... Kenang jasa Adira banyak bantu

DIISYTIHAR bankrap sejak lima tahun lalu dan hutang melebihi RM5 juta, usahawan Datuk Seri Adnan Abu mengakui perkara itu benar-benar menganggu emosinya sehingga membuatkan dia tidak lagi mahu meneruskan hidup.

Adnan yang lebih dikenali sebagai Datuk Red bagaimanapun berkata, anak-anak merupakan sumber kekuatan untuk dia meneruskan kehidupan dan cuba untuk memperbaiki masalah yang berlaku.

“Masalah ini memang mengganggu mental saya sangat. Sebenarnya sudah lima tahun saya menghadap ini, hari ini saya tidak boleh lagi tahan dengan kehidupan.

“Saya ini masih ada pegangan agama lagi, kalau tidak ada, mesin penyedut nyawa saya akan tekan. Saya sudah tidak larat lagi dah.

“Sekarang ini kekuatan saya adalah anak-anak saya dan juga hutang lama yang masih tertunggak, Itulah kekuatan saya. Saya tidak lari, cuma saya masih belum ada rezeki. Kalau diizinkan, saya akan selesaikan,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Datuk Red berkata dia menerima ujian yang diberikan kepadanya dan menganggap ia sebagai satu balasan dan peringatan daripada Allah.

“Sekarang ini banyak membantu Adira la... tapi saya kasihan dia muda lagi, ada hidup sendiri. InsyaAllah lepas raya nanti saya selesaikan semuanya (kes cerai),” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi