PELAKON dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim memberitahu karier seninya kini diuruskan oleh sebuah agensi yang berpangkalan di London iaitu Fiona Cross.
Sarimah, 46, berkata, dia menyertai agensi berkenaan sebagai usaha mengembangkan karier lakonannya di peringkat global.
Kata Sarimah, dia sedar peluang mendapat peluang berlakon di peringkat antarabangsa bukan mudah dan berharap dengan penyertaan bersama agensi tersebut membuka jalan buatnya.
"Di sana sangat kompetetif, di mana uji bakat untuk satu watak dibuka sehingga 8,000 seluruh dunia.
"Jadi kita perlu sentiasa berlatih kerana ini persediaan jika dipanggil mana-mana produksi," katanya kepada mStar.
Drama terbaharu lakonannya iaitu Lelaki Itu sedang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat di TV3.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI