suria

Guna kerusi roda, Jaafar Onn takut susahkan orang... Hilang malu terima sumbangan

KUDRAT tidak segagah dahulu namun semangat pelakon Jaafar Onn terhadap dunia seni masih utuh dan belum terkubur.

Sudah 53 tahun berkecimpung dalam industri seni, Jaafar atau Jaafar Onn Awang, 73, berkata dia kini sudah tidak ghairah mengejar populariti, sebaliknya berkerja demi mencari sesuap nasi.

“Rindu tu memang pasti tapi selama 53 tahun dalam indusrti tiada istimewa pun, keghairahan pun tiada sebabnya popular, cantik, terkenal itu hanya sementara saja.

“Sekarang ini pun saya susah nak bergerak terpaksa guna kerusi roda, saya kalau boleh tak mahu susahkan sesiapa jadi kadang-kadang menitiskan air mata juga bila teringat,” katanya kepada mStar.

Untuk segmen mStar Baek kali ini, mStar bersama penaja KPJ Healthcare menziarahi kediaman pelakon itu bagi bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan.

KPJ Health Care diwakili Ketua Bahagian Tanggungjawab Korporat, KPJ Healthcare Berhad, Mohd Nor Nor A Aziz meluahkan rasa syukur kerana dapat bersama-sama turun padang membantu anak seni yang memerlukan.

Program mStar Baek kerjasama KPJ Health Care Jalinan Kasih Prihatin ini bersiaran di semua platform mStar setiap hari Khamis.

TONTON VIDEO PENUH MSTAR BAEK X KPJ INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi