suria

Sudah tiba masanya bergelar suami, Zul Ariffin beri bayangan naik pelamin hujung tahun

TANPA berselindung pelakon Zul Ariffin mengesahkan khabar angin mengatakan dia bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Zul atau Zulkifli Ariffin, 38, berkata, sudah tiba masanya dia menamatkan zaman bujang dan bergelar sebagai seorang suami kepada wanita pilihannya.

"Perancangan berkahwin pertengahan tahun memang tidak sebab selalunya hujung tahun.

"Tiada sebarang persediaan sebaliknya hanya perbetulkan diri dalam menjadi seorang insan lebih sempurna berbanding sebelum ini," katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai wanita bertuah berjaya menambat hatinya, Zul memilih merahsiakan perkara itu terlebih dahulu.

Kata Zul, dia lebih selesa berkongsi tentang identiti wanita itu apabila semua perkara sudah ada pengesahan.

"Tak boleh nak kongsikan, macam keterlaluan pulak.

"Saya tidak mahu dilihat sekadar cakap ‘kosong’ tapi saya cuba realisasikan tahun ini sebab kalau boleh tak mahu tangguh lama-lama," ujarnya.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi