suria

Dah bincang cara baik tapi tak jalan, Aiman Tino nekad saman ‘hacker’ dan keluarga... Bukan senang kumpul follower

PENYANYI Aiman Tino tidak akan berkompromi dan nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang menggodam akaun TikTok miliknya, baru-baru ini.

Kata Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 26, tindakan pemuda berusia 18 tahun itu sudah melampaui batas dan merosakkan nama baiknya.

“Saya tidak akan maafkan dia sebab saya (pada awalnya) sudah runding dengan dia tapi dia sindir saya balik. Jadi saya tidak lagi boleh bertolak ansur dan selepas ini saya akan buat tindakan seterusnya iaitu saman dia dan juga keluarga.

“Saya tahu ibu dan ayah dia mungkin terlibat iaitu bersubahat. Kita dapat kesan yang dia menggunakan peranti bapanya untuk godam akaun TikTok, emel dan juga Instagram saya.

“Saya nak dapatkan pengikut di TikTok walaupun hanya 300,000 itu bukanlah senang, makan tahun juga. Dan maruah saya, dia guna nama saya untuk tipu kawan saya iaitu Usop dan juga ada beberapa lagi yang dia mesej untuk dapatkan nombor telefon,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi