suria

Hattan naik bas pergi kelas vokal M. Nasir, jimat duit minum air terjun

#ISTIMEWA episod pertama Flashback menampilkan penyanyi Datuk Hattan mengimbau kembali suka duka perjalanannya sepanjang 37 tahun berada dalam industri seni.

Mula berkecimpung dalam industri muzik sejak tahun 1987, Hattan atau Muhd Shukri Shahabudin,60, berkata bukan mudah untuk bergelar seorang penyanyi kerana banyak cabaran yang perlu ditempuhi.

“Memang perit tapi niat tu kena betul walaupun saya pernah dapat tawaran Institusi Teknologi Mara (ITM) namun terpaksa tolak sebab tiada dana dan sebagai anak kampung ingin berjaya kena fikir dan buat sesuatu untuk ubah nasib keluarga.

“Susah nak yakinkan keluarga untuk lihat kita boleh berjaya dalam industri muzik dan kena buktikan keputusan saya ini tepat... saya nekad saja waktu tu nak jadi penyanyi apa nak jadi pun,” kata Hattan kepada mStar.

Dalam pada itu, Hattan turut berkongsi pengalamannya belajar mengenai muzik daripada Datuk M.Nasir dan mengimbau kembali kenangan sewaktu awal kemunculanya dalam industri muzik bersama kumpulan FRU.

TONTON VIDEO PENUH FLASHBACK YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi