suria

Didie Alias maafkan semua orang, tapi belum terbuka hati jumpa Enot... “Dia pun pergi tanpa berita”

PELAKON dan usahawan Didie Alias masih belum terbuka hati untuk bertemu dengan Enot walaupun sahabatnya itu sudah menyatakan kesediaan untuk bertentang mata.

Kata Didie atau Fadzilah Mohd @ Ali, 52, ketika ini dia sedang sibuk menguruskan pelbagai perkara selain menganggap konflik antara mereka itu bukan satu perkara yang perlu dipandang berat.

“Tiada (rancangan untuk berjumpa). Saya sangat sibuk dan sekarang fokus kepada target. Untuk fikir benda ini saya kena tolak tepi. Saya juga tidak tahu dia masih menggunakan nombor yang sama ke dan saya tidak tahu dia tinggal dimana.

“Adakah dia masih di Malaysia? Atau tinggal di Australia atau German. Saya tidak tahu sebab dia pergi begitu sahaja,” katanya kepada mStar.

Tambah Didie, di bulan Ramadan ini, dia juga sudah memaafkan sebarang kesilapan yang dilakukan oleh semua pihak terhadapnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi