suria

Sophia Albarakbah tenang baca komen netizen, tak terasa hati ada penonton kecam lakonan

MENERIMA kritikan negatif berkenaan lakonannya, pelakon Sophia Albarakbah menganggap ia sebagai satu cabaran untuk dia memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Kata Sophia, 30, dia juga tidak pernah kecil hati dengan komen yang dilontarkan kerana menganggap ia sebagai asam garam dalam industri seni.

“Saya ada terbaca (negatif), tetapi saya hanya ambil yang baik sahaja sebab sebagai pelakon, saya tidak boleh nak kekalkan lakonan seperti itu sahaja, kita mesti perbaiki dan buat yang lebih baik.

“Kita sebagai anak seni dalam industri ini tak boleh nak terasa dengan komen orang sebab kadang-kadang mereka cakap macam itu sebab mereka saja nak mengata. Kita tidak boleh terlalu cepat terasa,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Sophia juga berkongsi persiapan Aidilfitri pada tahun ini dan memaklumkan bakal meraikan raya pertama di Kuala Lumpur.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi