suria

Pilih tema warna ‘royal blue’, Shuhada beraya di Perlis… Anak-anak tak tanya tentang Hafidz Roshdi

PERTAMA kali beraya sebagai seorang ibu tunggal, bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri akan memastikan anak-anak dapat merasai hari raya seperti kanak-kanak lain.

Kata Shuhada, ini kerana sehingga kini anak sulungnya dikenali sebagai Umairah masih menghadapi trauma atas perkara yang berlaku sebelum ini dan mempunyai rasa takut terhadap bekas suaminya.

“Tidak (anak-anak tidak bertanya pasal Hafidz). Mereka cuma mahu raya sahaja. Cuma Umairah itu ada rasa takut, dia cakap dia nak beraya dengan saya, atuk, nenek. Dia takut kalau ada orang mahu ambil dia.

“Saya pun kata jangan risaulah. Ibu ada. Saya akan jaga anak-anak saya. Saya nak anak-anak rasa suasana raya itu main bunga api, pelita keliling rumah. Nak hias rumah supaya ada suasana raya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi