suria

Zul Ariffin raya sederhana, lebih selesa sarung jubah... Tahun ini tenang tanpa kontroversi

PELAKON Zul Ariffin mengakui tahun ini dia lebih tenang tanpa terpalit sebarang kontroversi.

Kata Zul atau Zulkifli Ariffin, 38, dia cuba sehabis baik mengelakkan diri daripada cerita sensasi dan berharap kerjayanya akan terus berkembang baik

“Alhamdulilah semuanya okay dan kadang-kadang kontroversi semua ni bukan kami adakan tapi mungkin ada tersilap langkah atau kata-kata.

“Perkara itu kita tak minta atau rancang jadi untuk tahun ini alhamdulilah semuanya dalam keadaan tenang dan kalau boleh nak kekalkan macam ini sepanjang masa yang ada.

“Kita dalam industri seni macam-macam perkara boleh berlaku kan, jadi nak buat macam mana,” kata Zul kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi