suria

Maya Karin dah biasa sambut Aidilfitri tanpa keluarga, pagi raya cukup sekadar makan lontong

MENYAMBUT Hari Raya Aidilfitri berseorang tanpa ahli keluarga di sisi merupakan perkara biasa bagi pelakon popular Maya Karin.

Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 44, berkata, pada tahun ini ibu dan adiknya tidak beraya di Malaysia kerana sedang bercuti di Tunisia dan juga German.

Bagaimanapun aktres itu berkata, dia masih meraikan perayaan Aidilfitri bersama saudara terdekat.

“Raya saya sangat seronok dan meriah bersama saudara dan sepupu. Tapi sedikit sedih sebab ibu dan adik sedang bercuti.

“Saya tidak dapat ikut sebab sibuk kerja dan rumah sedang dalam pengubahsuaian. Jadi saya tidak boleh. Lagipun, ini bukan kali pertama benda ini berlaku,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Maya berkata, dia merupakan seorang yang sangat ‘simple’ dan hanya memerlukan lontong, sambal serta nasi impit bagi juadah Aidilfitri.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi