suria

Sambutan Aidilfitri tahun ini berbeza, Khai Bahar rindu kuah kacang arwah ibu

PEMERGIAN ibu tercinta membuatkan sambutan hari raya penyanyi Khai Bahar berbeza berbanding tahun sebelumnya.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 30, mengakui sedih tidak dapat merasa menu wajib disediakan ibunya iaitu kuah kacang.

“Perasaan agak sunyi sebab setiap kali raya saya adalah orang yang paling teruja nak balik kampung untuk beraya dengan keluarga. Dengan ketiadaan ibu saya, agak sunyi dan sedih tapi raya tetap kena bergembira.

“Saya tetap pulang ke kampung walaupun ibu sudah tiada kerana ayah masih ada. Setiap raya ibulah paling sibuk buat kuah kacang. Arwah ibu akan sediakan nasi impit dan kuah kacang. Inilah makanan utama pada hari raya. Saya rindu kuah kacang emak,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, ibu Khai iaitu Rosnah Mohamad menghembuskan nafas terakhir pada 2 Januari lalu.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi