suria

Amy Search berehat sepanjang Syawal, imbau kenangan tak dapat balik raya

PENYANYI Datuk Amy Search memberitahu sepanjang Syawal ini dia memilih untuk berehat seketika daripada menerima mana-mana tawaran nyanyian.

Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, 66, berkata dia mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tercinta di hari raya ini.

“Selalunya raya saya memang santai saja lebih kepada bercuti dengan keluarga serta luangkan masa berjalan-jalan dengan keluarga.

“Saya tiada ambil mana-mana job nyanyian dalam waktu Syawal kalau boleh dan dalam dua minggu Syawal memang tak ada mana-mana tawaran yang saya akan ambil.

“Saya raya pertama dengan keluarga dan kedua baru mula berjalan kunjung rumah saudara jadi untuk tawaran memang ada tapi nak rehat dulu raya ni,” kata Amy kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi