SEMAKIN dikenali, personaliti media sosial Aizat Saha mengakui sambutan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini sangat berbeza berbanding tahun sebelumnya.
Aizat atau lebih mesra digelar Abang POV berkata dia sangat gembira dan seronok memilih karier sebagai seorang selebriti.
“Untuk raya tahun ini memang nampak perubahan sebab tahun lepas saya beraya tidak ada orang kenal. Tahun ini berbeza sedikit sebab pergi mana-mana orang ajak bergambar. Jadi, ia satu benda yang berbeza.
“Tapi saya sangat gembira dengan perjalanan baru saya,” katanya kepada mStar.
Dalam masa sama, Aizat berkata, dia serius untuk mendalami dalam bidang lakonan dan bersedia serta memberikan yang terbaik sekiranya terdapat tawaran untuk berlakon.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI