suria

“Dulu dengan kawan, sekarang dah ada bini” - Fadhli Maasot kongsi momen indah pertama kali raya sebagai suami

PELAKON Fadhli Maasot meluahkan rasa teruja pertama kali beraya sebagai seorang suami.

Fadhli atau lebih mesra disapa Alang, 28, berkata dia kini dalam fasa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan rumah tangga.

“Saya raya di Seremban bersama keluarga saya dan sangat teruja sebenarnya kerana ada isteri. Sekarang saya sedang menyesuaikan diri dengan benda baharu.

"Satu perkara yang biasa semua orang lalui kena siapkan tugasan sebagai suami atau isteri khususnya di hari raya, kalau dulu mungkin raya dengan kawan, jadi tahun ni memang berbeza sebab dengan isteri kan," kata Fadhli kepada mStar.

Ditanya mengenai cahaya mata, Fadhli berkata dia tidak menolak rezeki itu, namun menyerahkan kepada ketentuan takdir.

"Secara jujurnya memang tak ada perancangan tu tapi memang ada disebut-sebut, perkahwinan kami masih baru kan banyak lagi perlu dilalui tapi kalau ada apa salahnya," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi