suria

Siti Nordiana tak sangka berjaya besarkan anak sendirian, tidak terfikir soal jodoh

HAMPIR 20 tahun bergelar ibu tunggal dan membesar anak seorang diri, penyanyi Siti Nordiana memberitahu dia masih belum terfikir untuk mencari pasangan hidup.

Meskipun begitu, Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana berkata dia meminta supaya peminat untuk mendoakannya agar dapat bertemu jodoh baik dan dapat menerima dia serta anak lelakinya iaitu Rayyan.

“Mula-mula agak gementar nak besarkan Rayyan seorang memandangkan bapanya sudah tiada kan, tapi Alhamdulilah bila lihat balik macam tak sangka saya berjaya lalui semuanya dengan bantuan Allah.

“Rezeki sentiasa ada walaupun tak banyak tapi cukup untuk kami berdua, Nana rasa perjalanan ni memang mendewasakan saya, lagipun kalau macam Rayyan abang-abang saya banyak bantu untuk didik dia dan sebagai bapa ganti.

“Walaupun saya berstatuskan ibu tunggal tak ada masalah, kalau ada jodoh okay tapi kalau tak ada pun tak apa sebab masih ada anak saya, cuma harap peminat doa yang baik-baik semoga saya dapat jumpa jodoh yang okay buat saya,” kata Nana kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi