suria

Ramai sangka ada pertalian darah dengan Rita Rudaini... Rita Nadira ingat pesan ibu ayah jaga nama keluarga

SUDAH lima tahun berkecimpung dalam industri seni, pelakon Rita Nadira memberitahu dia tidak tersinggung meskipun namanya kurang dikenali dalam kalangan peminat drama Melayu.

Kata Rita atau Rita Nadira Mohd Ritamurni, 27, ada juga yang tersilap menyamakan dirinya dengan pelakon Rita Rudaini dan Elisya Sandha kerana dikatakan memiliki nama dan rupa paras hampir serupa.

“Bapa dan ibu saya orang Selangor dan darah Penang tu jauh sikit dan tiada kena mengena dengan Rita Rudaini walaupun nama serta rupa seakan-akan.

“Perkara tiada apa-apa buat saya mahupun tercabar tapi bila orang dekat luar masih ingat saya ni macam adik Rita Rudaini jadi risau kalau ada kes buruk daripada saya nanti Rita Rudaini terpalit pula, InsyaAllah saya akan jaga perkara itu.

“Selain Rita selalunya orang akan ingat saya ni Elisya Sandha, siap tanya mana anak lagi, jadi saya okay saja sebab mereka nama besar dalam industri kan jadi tak ada masalah pun cuma saya kena perlu teruskan berkarya supaya orang lebih mengenali diri saya,” kata Rita kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi