suria

Pakcik datang raya selamba ‘sound’ punca lambat dapat anak, wanita baru setahun kahwin sedih tetamu jenis cakap lepas

BARU-BARU ini tular rakaman video seorang wanita bernama Adiba Syahira meluahkan rasa kurang senang apabila ditegur individu tidak dikenali menempelak dirinya kerana lambat keluar daripada bilik membantu keluarga pada pagi raya.

Cerita Adiba, 30, dia lambat bersiap kerana sebelum itu dia menguruskan hal di dapur menyebabkan tetamu yang datang salah faham mengenai perkara itu.

“Seusai solat raya dan bantu ibu mertua saya di dapur saya pun barulah pergi bersiap. Biasalah kita perempuan memang ambil masa yang lama kalau nak bersiap... apabila suami saya keluar pakcik tu memang dah datang beraya.

“Apabila saya keluar saja bilik dia terus cakap.. ini kenapa baru nampak muka, oh patutlah asyik duduk dalam bilik,pastu sibuk dengan kerja sebab itu tak dapat anak.

“Saya sedih bila orang cakap macam tu padahal saya baru lagi berkahwin, biasanya saya dan suami tidak pernah terasa apabila bercakap mengenai zuriat tetapi bukan dengan cara kasar,”katanya kepada mStar.

Adiba memberitahu bahawa dia sangat kecewa apabila ada segelintir warga emas bersikap seperti itu memandangkan mereka orang yang lebih tua sepatutnya menjadi contoh kepada yang muda.

Baginya soal zuriat ini hanyalah ketentuan dari Allah SWT dan dia bersyukur dengan keadaanya yang sekarang dan berharap sekiranya satu hari nanti dikurniakan anak, dia akan lebih bersedia dari segi emosi memandangkan anak itu adalah satu amanah.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi