suria

Dah lama tak dengar lagu catchy macam ‘Alamak Raya Lagi’, Azira Shafinaz minta jangan fikir terlalu deep

KUMPULAN De Fam tidak menyangka lagu raya yang dilancarkan pada tahun ini berjudul Alamak Raya Lagi menjadi tular sehingga ke luar negara.

Salah seorang ahli kumpulan iaitu Azira Shafinaz berkata, De Fam berasa sangat terharu apabila lagu yang sepatutnya dilancarkan pada tahun lalu itu mendapat sambutan luar biasa.

Walaupun lagu tersebut mendapat kritikan, Azira berharap supaya orang ramai tidak terlalu memandang daripada sudut negatif.

“Tipulah kalau nak cakap kita tidak terasa (dengan kritikan), saya rasa masing-masing ada pendapat sendiri. Niat kami keluarkan lagu adalah untuk berseronok. Bagi saya, Alamak Raya Lagi adalah lagu yang seronok untuk hari raya.

“Saya rasa sudah lama tidak dengar lagu catchy macam itu, melekat di minda. Kita faham dengan teguran itu, tapi saya rasa janganlah terlalu ‘deep’ dengan lagu itu. Itu cuma lagu raya,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Azira turut berkongsikan rahsia yang menyebabkan kumpulan De Fam masih lagi kekal bersama sehingga ke hari ini.

Dalam perkembangan lain, Azira merupakan salah seorang pelakon dalam filem Sheriff: Narko Integriti yang mula berada di pawagam bermula 18 April.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi