suria

“Malu la sikit” - Damian Mikhail tetap lantang bersuara, seru netizen boikot ‘content sampah’

BEKAS anggota kumpulan VE Damian Mikhail menyeru orang ramai berhenti memberikan sokongan kepada usahawan dan influencer yang didakwa sengaja merosakkan industri hiburan dengan menghasilkan content jelek di media sosial.

Damian, 46, berpendapat sekiranya perkara ini tidak dihentikan ia akan mencalarkan imej malah akan menjatuhkan maruah sebagai seorang umat Islam.

“Bukan tujukan kepada usahawan saja tapi mana-mana content creator juga kena bertanggungjawab atas sebarang karya dihasilkan agar tak guriskan hati mana-mana pihak.

“Lebih lagi bila bab hal agama ni memang sensitif, kita jangan kecam dan jangan membenci orangnya tapi membenci pada dosanya supaya dapat ingatkan jangan teruskan.

“Kita jangan sokong dengan menonton atau like video yang dikeluarkan itu, kena boikot content ‘sampah’, semua ramai-ramai buat reaksi tak sokong pasti dia tak akan teruskan buat perkara itu,” kata Damian kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi