suria

Belum lagi ketuk pintu minta tolong, Saiful Apek syukur rezeki Senario tak putus-putus

WALAUPUN dianggap sudah tidak relevan, kumpulan Senario masih menerima banyak tawaran mengadakan persembahan pentas dan program televisyen.

Salah seorang anggotanya iaitu Saiful Apek berkata, Senario bersyukur kerana rezeki mereka dalam bidang seni tidak putus-putus walaupun sudah hampir 30 tahun menglibatkan diri dalam dunia seni.

"Alhamdulillah undangan banyak ke arah menjayakan konsert dan rezeki masih tidak putus-putus, Alhamdulillah.

"Setakat ini belum lagi kami ketuk pintu dan meminta pertolongan daripada sesiapa," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Apek atau Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 55, berkata, isu relevan seseorang artis tidak sepatutnya diukur dengan kekerapan mereka muncul di televisyen.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi