suria

Anggap satu penghinaan, Datuk Awie sedih bakat artis veteran dipandang rendah

ISU bayaran rendah diterima artis veteran yang sedang hangat diperkatakan turut menarik perhatian penyanyi Datuk Awie.

Menyifatkan ia satu penghinaan buat selebriti veteran, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 56, berkata bayaran ditawarkan oleh pihak produksi perlulah setimpal dengan jasa serta dengan pengalaman mereka sebagai artis senior.

“Kita perlu ada sedikit rasa hormat kepada artis yang lebih senior, jadi berilah jumlah wang yang selayaknya kerana merekalah artis yang mana ibu dan bapa kita pernah minat suatu ketika dahulu.

“Saya sedih dengan perbuatan itu (artis veteran dibayar sikit), bagi saya ia biadab dan satu penghinaan kepada mereka.

“Apalah salahnya kita hormat orang lebih dewasa daripada kita. Bayarlah lebih, tak apa, kita anggap ia satu sedekah atau amal ibadah,” kata Awie kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Tragedi Oktober itu meminta agar semua tidak melupakan jasa serta menghargai keringat selebriti yang pernah naikkan martabat industri hiburan satu ketika dulu.

Dalam perkembangan lain, Awie bakal muncul dalam filem baharu berjudul Rebel: Berontak untuk berotak diarahkan olehnya sendiri yang bakal ditayangkan pada seluruh pawagam pada 2 Mei nanti.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi