suria

“Kami pernah bergambar, arwah sangat peramah” - Ahirine Ahirudin sedih dapat tahu kenalan juruterbang mangsa nahas helikopter

PELAKON Ahrinie Ahirudin tidak dapat menahan perasaan apabilamendapat tahu berita nahas helikopter mengorbankan 10 orang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, baru-baru ini.

Ahirine, 28, berkata ini kerana dia mengenali salah seorang anggota terkoban itu dan menyifatkan arwah sangat mesra orangnya.

“Sebenarnya saya kenal dengan salah seorang juruterbang yang terkorban tu saya pernah bergambar sekali dan waktu tu saya buka booth di acara Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) dulu.

“Kami berkenalan dengan salah seorang juruterbang dan bila dapat tahu tu memang terkejut sebab 10 orang terkorban, memang sedih sangat.

“Dia sangat peramah dan baik malah biasanya kalau sebut pangkat atasan ni kami akan lari sebab takut tapi tidak pada dia sebab sangat mesra, salam takziah pada keluarga anggota yang terkoban,” kata Ahirine kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi