suria

Elizabeth Tan dapat rasa jadi ibu dalam filem ‘Sheriff’, watak mencabar sebab masih belum ada anak

MASIH belum dikurniakan anak kerana berdepan keguguran pada Februari lalu, pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan tetap meluahkan rasa syukur kerana dapat merasai pengalaman menjadi seorang ibu walaupun hanya di dalam filem lakonannya.

Elizabeth atau nama sebenarnya Elizabeth Tan Su Mei, 30, berkata, membawa watak sebagai seorang ibu dalam filem Sheriff sangat mencabar baginya kerana dia tidak mempunyai sebarang pengalaman berkenaan perkara itu.

“Saya membawa watak sebagai ASP (Asistan Superintenden Polis) Jane yang merupakan ibu kepada anak lelaki berumur 10 tahun. Untuk saya ada cabaran juga bawa watak itu sebab saya bukan seorang ibu.

“Jadi nak rasa keibuan itu agak mencabar bagi saya sebab tidak tahu ia natural atau tidak,” katanya kepada mStar.

Kata Elizabeth yang lebih mesra dipanggil Lizzy, dia mempraktikkan watak tersebut melalui dua anak buah kesayangannya.

“Abang saya ada dua anak, saya jumpa mereka setiap kinggu dan saya sangat sayangkan mereka. Saya cuba bayangkan macam mana kalau ada orang ugut untuk bunuh mereka, apa perasaan saya. Jadi cara itu yang saya lakukan (untuk menjayakan watak),” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Lizzy memaklumkan masalah keguguran rambut kritikal atau alopecia yang dihadapinya sebelum ini sudahpun kembali pulih.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi