suria

Reaksi gembira tanda syukur, suri rumah dan anak-anak tiada kecederaan serius selepas kemalangan

TINDAKAN seorang suri rumah yang kelihatan gembira selepas mengalami kemalangan jalan raya bersama dua anaknya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Ramai merasakan reaksi ditunjukkan wanita dikenali sebagai Nor Farain Abd Razak itu tidak kena dengan situasi selain menuduhnya cuba meraih perhatian di alam maya.

Menjelaskan tuduhan tersebut, Ain, 29, berkata, dia langsung tidak berniat mencari perhatian apabila memuat video tersebut sebaliknya hanya sekadar suka-suka.

Reaksi gembira ditunjukkan juga sebenarnya adalah tanda bersyukur dia dan anak-anak tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam kemalangan tersebut.

"Saya muat naik video itu pun suka-suka sahaja, tak tahu pula ia akan tular. Saya pulak bukan jenis main TikTok, ketika video itu tular, kawan saya yang maklumkan.

"Saya kata tak teruk bermaksud saya bersyukur sebab Allah panjangkan umur kami, tiada kecederaan atau patah walaupun anak saya tercampak.

"Tapi syukur mereka hanya mengalami kecederaan ringan sahaja," katanya ketika dihubungi mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi