suria

Tak sabar nak balik rumah, Remy Ishak mula rasa momen indah jadi bapa... Ada cara didik anak

PERKONGSIAN video dibuat pelakon Remy Ishak melayan telatah anaknya iaitu Tuah Alam mencuri perhatian netizen di media sosial.

Kata Remy atau Mohammad Zalimie Ishak, 41, dia tak menyangka menerima pujian itu sebaliknya memberitahu dia sedang melalui fasa momen manis bersama anaknya itu.

“Seronok dan teruja sebab dulu kawan selalu kongsi kalau ada anak pasti nak balik awal atau teringat dia, tak pernah lalui dan hanya dengar tapi sekarang sudah laluinnya walaupun susah nak gambarkan cuma kenangan manis la.

“Saya akan didik anak dengan cara saya dan bergantung kepada situasi kalau perlukan gunakan gajet jadi akan berikan sebab tak mahu anak ketinggalan, cumanya tidak terlalu terdedah sangat,” kata Remy kepada mStar.

Dalam pada itu, ada segelintir yang kurang senang dengan perkongsian Remy malah mendakwa perbuatannya itu seolah-olah terlalu mendedahkan anak dengan penggunaan gajet.

“Saya dulu dibesarkan dengan cara orang dulu jadi berbeza dengan sekarang cumanya untuk anak, saya akan pantau dia dan terima kasih kepada semua yang prihatin kepada saya yang mana cakap tu mungkin mereka risau saja,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi