suria

Ruffedge masih aktif, lemah guna media sosial punca lagu baharu tak dapat sambutan

KUMPULAN R&B Ruffedge tidak pernah menyepi daripada menghasilkan karya terbaharu buat peminat malah melancarkan dua buah single terbaharu enam bulan lalu.

Salah seorang anggotanya, Azan atau Azan Addin Abdul Wahab, 50, bagaimanapun berkata, dua lagu berkenaan Putus dan Belenggu gagal mendapat sambutan dalam kalangan pendengar.

Kata Azan, perkara itu mungkin disebabkan kurang promosi selain mereka tidak aktif di media sosial bagi memaklumkan tentang lagu berkenaan.

"Dulu ada label, jadi mereka uruskan segala promosi tetapi sekarang semuanya kami perlu lakukan sendiri tanpa bantuan orang lain.

"Artis zaman dulu macam kami perlu belajar guna platform sosial media dengan betul supaya dapat menarik minat pendengar baru terutamanya dalam kalangan generasi muda.

"Kami mengaku tak pandai guna sosial media untuk promosi lagu tapi kami memang masih aktif," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi