suria

Tuju selesa gerak solo, ahli K-Clique tahu punca sebenar tinggalkan kumpulan... Tiada rindu untuk perform bersama

SELEPAS tiga tahun tidak bersama K-Clique, penyanyi Tuju memberitahu perasaan rindu terhadap kumpulan lamanya itu sudah tiada dan dia kini lebih selesa bergerak secara solo.

Ditanya mengenai hubungan dengan bekas ahli kumpulan yang lain, Tuju atau Mohd Azree Shah Awang Zamree, 28, berkata mereka masih kekal berhubung dan namun hasrat peminat untuk melihat mereka kembali bersama mungkin tidak akan berlaku.

“Saya masih aktif di Sabah dan Semenanjung tapi sekarang menetap di Semenanjung, kenapa saya bersendiri sebab itu fasa baru dalam hidup... bergaduh tiada tapi salah faham tu memang ada. nak kongsi pun malas mungkin mereka lebih tahu.

“Untuk membuat persembahan dengan mereka memang tidak rindu tapi kalau untuk berjumpa dan lepak macam dulu bergurau mungkin ada.

“Kalau saya cakap rindu macam tak move on tapi sekarang ini saya sudah move on jauh, tapi gembira melihat kembali aktif menggunakan nama K-Clique di atas pentas,” Kata Tuju kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi