suria

“Dia mahu you mati” - David Teo derita kena sihir lintah, pulih selepas jumpa ustaz

PENERBIT David Teo mendedahkan dia pernah menjadi mangsa sihir yang dihantar oleh saudaranya sendiri dengan tujuan untuk membunuhnya.

Kata David, 60, sepanjang sebulan dia menderita kesakitan akibat sihir lintah yang dihantar pada 2018 itu sehingga membuatkan dia mengalami sakit darah tinggi yang teruk.

Bagaimanapun, sakitnya itu berjaya disembuh apabila David membuat rawatan di pusat perubatan islam.

“Saya dapatkan rawatan dekat ustaz, dia bagi petunjuk (yang hantar sihir) itu muka tembam, umur 40 tahun dan saudara saya sendiri. Semasa bapa saya meninggal, saya ada sedikit konflik dengan dia, saya ada tegur dia dan mungkin itu punca dia tidak puas hati.

“Saya alami darah tinggi. Sebulan tersiksa itu berjaya dirawat dalam tempoh dua jam. Ustaz kata kalau tidak saya memang sudah mati sebab dia hantar (sihir) memang untuk saya mati.

“Sekarang ini hubungan saya dengan dia tidaklah rapat. Cukup hanya sekadar tegur hi dan bye sahaja,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, David yang juga Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG) berkongsi filem Jangan Pandang Belakang 2 arahan Pierre Andre bakal ditayangkan pada hujung tahun ini.

Filem itu dibintangi Emma Maembong, Alif Hadi, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mawar Rashid, Khatijah Tan dan ramai lagi.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi