suria

Sibuk niaga di Singapura, Iqram Dinzly minta jangan boikot produk sambal keluarannya

PELAKON Iqram Dinzly berpendapat tidak sewajarnya warga Singapura memboikot artis Malaysia disebabkan kenyataan panas yang dikeluarkan oleh penerbit Erma Fatima sebelum ini.

Kata Iqram, mereka yang tidak bersalah dan tiada kena mengena dengan isu ini tidak sepatutnya terbabit sama kerana ia hanya membabitkan beberapa artis bermasalah.

“Saya rasa tidak adil untuk ‘banned’ kami yang tidak ada kena mengena pun dengan apa yang berlaku sekarang ini. Kak Erma nak maksudkan apabila ada individu yang lain daripada sebelah sana (Singapura) yang lontarkan tahi di Malaysia, bukan nak maksudkan semua.

“Jangan salah faham. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga,” katanya kepada mStar.

Kata Iqram, sepanjang setahun dia berada di Singapura untuk mencari pendapatan dengan menjual sambal, dia masih lagi belum mengalami peristiwa hitam seperti dipukul, dihina, dikeji dan sebagainya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi