suria

Misha Omar minta timbang rasa terhadap artis veteran, bagi bayaran setimpal... Kos hidup pun dah meningkat

PENYANYI Misha Omar meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui isu artis veteran menerima bayaran rendah masih belum menemui jalan penyelesaian.

Dalam hal ini, Misha Omar Misha atau Samihah @ Aishah Omar, 42, meminta pihak penganjur bersikap berperikemanusian terhadap artis veteran tersebut dan menawarkan mereka dengan bayaran sewajarnya.

“Beri kemanusiaan sebab taraf hidup kita sekarang sudah berubah, harga barang pun mahal jadi kepada penganjur tersebut cuba keluar beli barang dan nilai harga barang sekarang, adakah setimpal dengan bayaran ditawarkan itu dengan nilai semasa.

“Jangan la mentang-mentang saya dah tua, tak cantik macam dulu tiba-tiba nak beri gaji yang rendah, jangan la macam tu ya, beri gaji sewajarnya supaya tiada orang sakit hati dengan harga yang ditawarkan itu.

“Saya pernah saja lalui perkara seperti ini tapi malas nak cerita saja dan respon saya kepada pihak yang tawarkan itu cukup sekadar terima kasih saja, kalau saya balas lebih nanti akan berpanjangan,” kata Misha kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi