suria

Takkan nak makan mi segera setiap hari... Yasmin Hani dan Alif Hadi belum sedia kahwin, tunggu masa sesuai

PELAKON Yasmin Hani mengakui dia dan teman lelaki iaitu Alif Hadi masih belum bersedia dan sedang menunggu waktu sesuai untuk mendirikan rumah tangga.

Yasmin atau Yasmin Hani Ismail Richardson, 44, berkata, dia dan Alif ketika ini mahu memastikan mental dan fizikalnya benar-benar sudah bersedia sebelum melangkah alam perkahwinan.

“Yang ini (kahwin) saya rasa tiada kemestian, tiada kepastian. Kita hanya melayari hubungan sebagai teman wanita dan teman lelaki sampai rasa ada satu tanda atau waktu yang sesuai untuk dirikan dirikan rumah tangga.

“Kami tidak mahu berkahwin semata-mata ikut orang lain atau desakan orang. Kita nak pastikan semuanya sudah bersedia sebab saya ini bukannya seorang (ada dua anak). Saya bukannya 25 tahun yang boleh makan maggi setiap hari, pergi restoran mamak.

“Saya ada gaya hidup saya sendiri yang saya kena kekalkan, dia (Alif) juga ada gaya hidup yang dia kena kekalkan,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Alif, 35, pula mengakui dia perlu memperbaiki dirinya dan membuat persiapan yang lebih rapi sebelum bergelar suami dan juga bapa kepada dua anak Yasmin.

“Saya tidak mahu kecewakan Yasmin dan anak-anak Yasmin. Saya cuba yang terbaik, perbaiki dan juga persiapkan diri lagi,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Alif merupakan salah seorang pelakon dalam filem Jangan Pandang Belakang 2 arahan Pierre Andre yang bakal ditayangkan pada hujung tahun ini.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi