suria

Kuatnya semangat Isma Aliff, tengah sakit tapi masih mampu jaga ibu terlantar

DIJANGKITI kuman pada paru-paru serta lumpuh sebelah kiri badan pada Disember tahun lalu, penyanyi Isma Aliff menerima takdir diuji tahap kesihatan kurang baik sejak kebelakangan ini.

Meskipun berdepan ujian kesihatan sehingga tidak lagi mampu bekerja, Isma atau Muhammad Latiff Ismail, 60, tetap bersyukur kerana masih ramai insan sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban dirinya.

“Saya tak sangka sebab tak pernah ada sakit kronik, tapi pada Disember 2023 lalu secara tiba-tiba waktu malam tu sedang makan saya selepas uruskan ibu kemudian pandangan jadi kabur dan kepala pening kemudian hubungi adik untuk dapatkan rawatan susulan di klinik sebelum di masukkan ke hospital.

“Banyak berikan nasihat kepada saya semangat kena kuat dan tidak boleh down, sekarang ini saya tidak boleh bekerja sebab keadaan macam ini agak sukar hanya bergantung harap pada bantuan saja.

”Keadaan saya sekarang semakin baik, syukur Alhamduliah dan saya kena rajin buat senaman untuk dapatkan kembali kekuatan seperti dulu,” kata Isma kepada mStar.

Untuk segmen mStar Baek kali ini, mStar bersama KPJ Healthcare menziarahi Isma di kediamannya bertempat di Kuala Lumpur bagi bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan.

Untuk rekod, program mStar Baek diterbitkan untuk siaran di semua platform video dan media sosial mStar dan bersiaran pada setiap Khamis bermula 5 Oktober lalu yang menyaksikan Allahyarham Jaafar Onn sebagai selebriti dan artis pertama yang menerima kunjungan.

Peserta terpilih turut menerima wang tunai RM3,000 untuk perbelanjaan harian, kad perubatan untuk kegunaan 12 kali rawatan serta kelengkapan alat bantuan perubatan.

TONTON VIDEO PENUH MSTAR BAEK X KPJ INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi