suria

Tiada siapa mampu tandingi arwah Mamat Khalid, Awie dah tak fikir watak Hussin

SELEPAS pemergian pengarah Mamat Khalid pada tahun 2021, penyanyi Datuk Awie memberitahu tiada lagi pengarah yang mampu menandingi arwah dalam menghasilkan karya berunsur komedi.

Berkongsi mengenai perkara itu, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 56, berkata meskipun legasi itu disambung oleh anaknya iaitu Amen Khalid namun sentuhan itu juga berbeza berbanding arwah bapanya.

“Bila abang Mamat tak ada rasa macam Hussin pun tak ada sebenarnya tapi baru-baru ini saya ada juga berlakon dengan anak dia (Amen Khalid) tapi tak rasa sentuhan watak Hussin oleh Mamat Khalid.

“Boleh beri peluang buat dia untuk hasilkan atau sambung karya arwah Mamat dulu tapi arwah seorang yang komikal bererti anaknya kena ikut perkara itu tapi kalau tak ada mungkin sukar.

“Ini kerana abang Mamat ni dia mengarah cerita komedi tapi dia serius bila di set, dalam masa sama kena buat kelakar, pening juga,” kata Awie kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi