suria

Dituduh hidup mewah sebab ada ‘sugar daddy’, Scha Elinnea tak tergamak bagi ibu bapa duit haram

ASAL nampak artis hidup mewah saja, pasti ada yang mula menuduh kononnya hidup ditanggung oleh seseorang.

Begitu juga yang dilalui pelakon Scha Elinnea apabila sering didakwa ditaja oleh individu digelar Sugar Daddy yang mampu memberikan kemewahan hidup.

Menafikan tuduhan berkenaan, Scha atau Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 26, berkata dia tidak tergamak untuk memberikan sumber haram kepada keluarganya.

Malah Scha berkata, segala kesenangan yang dimiliki adalah hasil titik peluhnya sendiri yang bekerja keras dalam dunia seni.

“Benda itu tidak pernah betul, siapa yang tahu sahaja saya ini macam mana. Memang tidak pernah terlibat atau teringin pun untuk ada (sugar daddy). Ini semua kerja keras saya dan juga sokongan keluarga.

“Keluarga juga percaya saya sebab mereka nampak kerja saya. Tidaklah saya sebagai anak mahu memberikan sumber haram kepada mereka. Perkara ini sebagai fitnah dan saya mahu ambil tindakan kalau ada yang kata seperti itu,” katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai pasangan hidup, Scha secara ringkas menjelaskan ketika ini dia hanya mahu memberikan fokus kepada diri sendiri dan juga kerjaya.

Dalam perkembangan lain, Scha tercalon Top 5 kategori Drama Tergempak dan Selebriti Digital Tergempak bagi Gempak Most Wanted Awards 2024.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi