suria

Andi Bernadee lebih selesa duduk rumah, tak marah orang kata dah ‘sendu’

KURANG mendapat perhatian tidak seperti dahulu dan dilabel semakin ‘sendu’, penyanyi Andi Bernadee tidak menafikan dakwaan itu selepas dia memilih untuk menyepikan diri beberapa tahun lalu.

Berkongsi mengenai perkara itu, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 34, berkata faktor usia yang semakin meningkat membuatkan dia lebih selesa meluangkan masa bersama keluarga di rumah.

“Kalau orang cakap saya sudah ‘sendu’ jadi tak kisah pun, ya mungkin betul la ‘sendu’ tapi untuk pengetahuan semua saya punya produk memang ada malah tengah kumpul untuk keluarkan nanti.

“Kalau nak kata bila saya makin perlahan dan kurang aktif seperti dulu tu akan membunuh karier seni saya, mungkin tidak... sebab takkan dalam jangka masa lima tahun asyik sebut nama saya saja kan.

“Tak macam dulu sebab kalau dulu memang semua nak buat tapi sekarang bila usia meningkat ni lebih suka luangkan masa dengan keluarga sebab impian saya nak dulu dah tercapai… jangan hanya nak kejar duit saja,” kata Andi kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi