PELAKON dan pengacara Janna Nick berlapang dada apabila menerima banyak kecaman dan teguran selepas konten dimuat naik di media sosial mengenai membeli barangan dapur didakwa berbaur lucah atau double meaning.
Janna atau Nurul Jannah Muner, 30,berkata dia tidak berniat seperti disangka malah aksi spontan itu berlaku kerana dia berasa selesa melakukan konten bersama suami iaitu Dini Schatzmann.
"Dalam video itu saya bercakap tentang kacang botol, kalau nak makan perlu pilih yang kecil dan rangup, jangan ambil jenis keras atau besar. Hakikatnya benda itu fakta.
"Orang pula fikir benda itu 'double meaning'. Jadi, kita sepatutnya menilai apa intipati sebenar konten tersebut. Tiada niat pun nak keluarkan konten berbaur lucah. Kadang-kadang memang terlepas perbualan suami isteri,” katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, perkongsian Janna mengenai melakukan aktiviti lasak dengan bermain ski di Kazakhstan turut menarik perhatian orang ramai.
“Sebenarnya saya risau juga untuk bermain itu sebab sebelum ini setiap bulan saya mengharapkan zuriat. Jadi, benda itu buat saya geram jadi saya mahu ‘all out’ sahaja di Kazakhstan. Saya tidak kisah.
“Saya sebenarnya memang suka aktiviti lasak. Saya ada terfikir juga macam mana kalau ada anak (dalam perut), tetapi lantaklah apa berlaku. Saya malas nak fikir,” ujarnya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI