suria

Berdoa agar kebenaran terbukti, Afdlin Shauki tak guna ‘cable’... Ada pihak iri hati main politik kotor!

PENGARAH Datuk Afdlin Shauki percaya bahawa tuduhan yang mengaitkan dia terlibat dalam salah laku perolehan projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai RM4 juta adalah bermotifkan politik angkara sifat iri hati.

Bersyukur dirinya terbukti tidak bersalah, Afdlin, 54, berkata dia mempelajari banyak perkara atas isu tersebut antaranya adalah sentiasa berhati-hati dengan permainan kotor politik.

“Ada orang yang tidak berpuas hati dengan saya yang mungkin daripada serpihan kerajaan lama. Saya percaya yang tuduhan itu adalah bermotifkan politik memandangkan pemilihan parti hampir dekat. Mereka ada iri hati dan berasa tidak puas hati dengan saya.

“Ada juga yang kata saya ada ‘cable’ kuat untuk selesaikan kes ini. ‘Cable’ yang saya guna adalah berdoa kepada Allah sahaja. Tiada siapa lagi yang boleh bantu saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi