ISTIMEWA #Bizibody kali ini mStar terjah penyanyi Shiha Zikir ketika dia sedang belanja pemenang yang menyertai kempen lagu rayanya berjudul Tum Tum Raya di Giant, Shah Alam, Selangor.
Kata Shiha, dia berbelanja sebanyak RM300 setiap seorang kepada 10 individu bertuah yang meninggalkan komen di ruangan video muzik lagu berkenaan.
Selain itu, Shiha turut memberi sumbangan berupa barangan keperluan dan duit raya kepada golongan asnaf.
Pelbagai lagi kisah menarik yang dikongsikan Shiha dalam video tersebut antaranya berkaitan persiapan raya untuk dirinya sendiri.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI